Monday, April 30, 2018

AL FATEHAH

30 APRIL 2018 : Tuan Haji Radin Mohamed Azman bin Radin Yusoff, Guru Besar SK LKTP Jengka 15 telah kembali ke rahmatullah pada 29 April 2018, lebih kurang jam 10.40 malam di kediaman beliau di Taman Desa Jaya 2.


Seluruh ahli Pergerakan Pengakap Malaysia Jengka begitu tersentuh dengan pemergian beliau sebagai salah seorang yang berperanan menggerakkan PPM Jengka dan Maran dengan penuh semangat kepengakapan.

انا لله وانا اليه راجعون.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.

Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al Fatihah 

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Pusara Damai, Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Saturday, April 28, 2018

SEADANYA

28 APRIL 2018, SABTU - Pengerusi JK Perkhemahan Jambori Pengakap Pahang 2018, Encik Itan Sa'adi walau kelihatan kerut-kerut kerisauan namun sebenarnya sentiasa tenang dan bertenaga sepanjang jambori ini berlangsung.




Ketua Pesuruhjaya PPM Jengka, Puan Hasenah pula riak wajahnya tanpa ada risau dan keluhan telah dapat menangani satu persatu isu-isu yang muncul.

Lain padang, lain belalang, lain orang, lain ragam, maka cara menanganinya pun pelbagai dan melibatkan pelbagai agensi termasuk Bomba dan Penyelamat, PDRM, APM, Hospital Jengka, UiTM, DUN Jengka, Parlimen Kuala Krau, Majlis Daerah Maran, Alam Flora, TNB, Jengka Green, PAIP, MUIP, PPD, JPNP, PKG, Kelana temasuk masyarakat setempat dan pelbagai pihak yang disedari apatah lagi yang tidak disedari akan sumbangan masing-masing yang sangat berharga.
Terima kasih JK Perkhemahan yang diterajui oleh PPM Jengka dalam menyediakan tapak perkhemahan dan infrastuktur yang melibatkan kos dan tenaga yang tidak terbayar.

PPM Jengka Buat Habis Baik.



Wednesday, April 25, 2018

SELAMAT DATANG , WELCOME

25 - 30 APRIL 2018 - Kem Tengku Mahkota mula dilimpahi kedatangan kontinjen dari seluruh negeri Pahang bagi menjayakan Jambori Pengakap Pahang 2018.


Seluruh Warga Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka mengalukan kedatangan semua dan selamat berjambori.

Laman ini akan menjadi link laman rasmi Jambori Pengakap Pahang 2018.