Sunday, April 27, 2014

JOM KE JAMBORI PENGAKAP PERAK


Sila klik link berikut untuk kunjungi

Kelana Kinta bersama Pesuruhjaya Pengakap Kinta Cikgu Zamri telah menabur bakti yang sangat dihargai oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka semasa IJJA 2014 yang lalu.


Istiadat Penyerahan Bendera Jambori
Istiadat Menurunkan Bendera Jambori oleh Kelana Kinta
Cikgu Zamri Bertukar Cenderamata dan Mengundang Kontinjen Indonesia ke Jambori Perak 
Kelana Kinta yang kami kenali, jangan lupa datang ke kem kami lagi.
Kehadiran mereka turut mempromosi Jambori Antarabangsa Perak 2014 yang akan berlangsung pada 24 hingga 30 November 2014.

Sehubungan dengan itu, PPM Jengka tidak akan melepaskan peluang membalas kunjungan dan khidmat bantu Pengakap Perak ke Kem Tengku Mahkota. InsyaAllah kami akan ke Teluk Batik November ini.

Sunday, April 20, 2014

HARI KE-6 IJJA 2014

Kontinjen terakhir yang meninggalkan Kem Tengku Mahkota ialah Kontinjen Kelana Gombak. Mereka turut bersama-sama memastikan penutupan kem untuk IJJA 2014 berada dalam keadaan bersedia untuk menerima tetamu berikutnya.

Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jengka mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan yang dihulurkan dalam menjayakan IJJA 2014 ini. Kami turut memohon jutaan kemaafan di atas segala kelemahan dan kekurangan yang terserlah disedari atau tidak sepanjang IJJA 2014 berlangsung.

"SEKALI BERPENGAKAP, BERPENGAKAP SELAMA-LAMANYA"

Saturday, April 19, 2014

HARI KE-5 IJJA 2014

Hari ini berlangsung Majlis Perasmian Penutupan yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail. Dalam suasana bersederhana, majlis tersebut berjalan lancar dan menimbulkan suasana gembira, meriah dan bercampur hiba berikutan akan berpisah.

Iringan dendangan lagu-lagu pengakap yang biasanya dimainkan semasa majlis perpisahan telah membuatkansebahagian peserta tidak mampu menahan sebak kerana terpaksa berpisah setelah berkhemah sejak 15 April 2014.

Bagi beberapa kontinjen seperti dari Indonesia dan kamboja masih berkampung di Kem Tengku Mahkota dan akan bergerak pulang pada 20 April 2014.

Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka melahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua kontinjen yang telah menjayakan jambori ini.

Klik GALERI IJJA untuk menyaksikan foto hari ke-5

Friday, April 18, 2014

HARI KE-4 IJJA 2014

Kontinjen Indonesia ke Taman Negara, Kontinjen Brunei ke Majlis Sarapan Pagi di SKBP dan sebelah malam diadakan Malam Kebudayaan.

Klik galeri untuk foto http://jengka-scouts.blogspot.com/p/galeri.html

HARI KE-3 IJJA 2014

Beberapa aktiviti menarik yang telah dilaksanakan oleh peserta IJJA.

i.  Perasmian Pembukaan
ii. Gangshow di Dataran Jam Bandar Tun Andul Razak Jengka

Klik galeri untuk lihat foto.

Wednesday, April 16, 2014

HARI KEDUA IJJA 2014

16 APRIL 2014 - Bermula dengan Istiadat Pagi diikuti dengan lawatan ke UiTM menggunakan 3 buah bas UiTM dan seterusnya majlis diserikan dengan program Gangshow di SMK Jengka Pusat.

Klik link untuk ke galari 

Sunday, April 13, 2014

KONTINJEN DUMAI TIBA TERAWAL

IJJA 2014 telah menerima tetamu terawal dari Dumai Indonesia sekitar jam 9.00 pm 13 April 2014. Selamat datang ke Kem Tengku Mahkota, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang.


Majlis Pesuruhjaya Pengakap Jengka, dengan kerjasama Kelana KLKM UiTM Jengka menyiapkan gerbang IJJA 2014.

Selamat berjambori.