Friday, November 28, 2014

AL FATEHAH

Kembali ke Rahmatullah, Cikgu Ramli bin Abdul Hamid yang begitu sinonim dengan Pengakap Jengka.


Biodata ringkas beliau

Nama : 
Ramli bin Abdul Hamid

Tarikh lahir : 
4 Januari 1958 : di Telok Intan, Perak.

Pendidikan : 
1965 – 1970 :  SRJK St Anthony, Telok Intan.
1971 – 1977 :  SMJK St Anthony, Telok Intan.
1978 – 1979 :   Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (Matematiks)
1986 :               Maktab Perguruan Ilmu Khas (Kursus Khas Teknologi Pendidikan.
1989 :               Institut Perguruan Sultan Idris (sekarang UPSI) Diploma TESL
1993 – 1995 :  University of Leeds, England (B.A. Hons TESOL)
2002 – 2004 :  Universiti Putra Malaysia ( Master of Science)

Aktiviti Kepengakapan1969 – 1970 :  Sixer (Ketua Enam Sekawan), 2nd Star Award (Keris perak)
1972 : Ketua Patrol (Wolf Patrol)
           First Class Scout
           Green Corder (Rambu Hijau)
1974 – 1975 : Troop Leader (Ketua Trup)
Anugerah Pengakap Raja 1974
1976 – 1979 : Penolong Pemimpin Pengakap di SM St Anthony, Telok Intan
1980 – 1981 : Pemimpin Kumpulan Pengakap SMKJP
1982 – 1986 : Penolong Pesuruhjaya Daerah (Pentadbiran dan latihan)
1986 – 1991 : Pesuruhjaya Daerah Jengka
1991 – 2014 : Penolong Pesuruhjaya Negeri Pahang
2002 – 2006 : Pesuruhjaya Ibupejabat Pengakap Malaysia (Latihan)

Kursus Kepimpinan Manikayu (Wood badge)
1986 - Manikayu 2 bit
1991 Manikayu 3 bit
Pentaraf Pengakap Raja Malaysia
1996 Manikayu 4 bit
Menjalani Latihan 4 bit di Mt Makeling, Los Banos, Filipina.

Menyertai Jambori Malaysia1974 Johoor Bharu, Johor.
1982 Kem Kijang, Kelantan.
1986 Gebeng, Kuantan, Pahang.
1989 Telok Batik, Perak.
1991 Tambunan, Sabah.
1997 Bukit Keluang, Best, Terengganu
2000 BIMP – EAGA, Kucing, Sarawak.
2001 Pedu, Kedah.
2002 Melaka
2004 Melaka
2006 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
2007 Melaka
2009 Melaka

Jambori dan Persidangan Antarabangsa
1991 Jambore National Indonesia, Cibubur.
1992 Thailand National Rover Moot, Kancanaburi.
1994 Leeds, England.
1995 Gilwell Park, London.
1995 Amsterdam, Holland
2000 Melbourne, Australia. – Top Leader Summit
2001 New Delhi, India - 20th Asia Pacific Region Scout Conference
2002 Maldives - Wood Badge Trainer
2003 ATAS - Asia Top Achiever Scouts member (M052)
2005 Sattahip, Thailand National Jamboree
2005 Tunisia, World Scout Conference
2007 Tokyo, Japan APR Conference
2007 Bukit Tinggi ,Sumatra, Indonesia.

RAMLI ABDUL HAMID DALAM MEMORI PENGAKAP JENGKA








Semua maklumat daripada sumber SMKJP - Tokoh Pengasas Pengakap

Saturday, May 10, 2014

Histoire de Baden Powell / Baden Powell Scout History

TAHUKAH ANDA

The first experimental Scout group by B.P, in England, 1907

JENGKA OPEN TROOP

Hari ini Pelancaran Jengka Open Troop di Kem Tengku Mahkota.

Ini memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berjiwa pengakap dijemput menyertai Jengka Open Troop.



Info terkini berkaitan Jengka Open Troop boleh didapati dengan menghubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jengka.

Sunday, April 27, 2014

JOM KE JAMBORI PENGAKAP PERAK


Sila klik link berikut untuk kunjungi

Kelana Kinta bersama Pesuruhjaya Pengakap Kinta Cikgu Zamri telah menabur bakti yang sangat dihargai oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka semasa IJJA 2014 yang lalu.


Istiadat Penyerahan Bendera Jambori
Istiadat Menurunkan Bendera Jambori oleh Kelana Kinta
Cikgu Zamri Bertukar Cenderamata dan Mengundang Kontinjen Indonesia ke Jambori Perak 
Kelana Kinta yang kami kenali, jangan lupa datang ke kem kami lagi.
Kehadiran mereka turut mempromosi Jambori Antarabangsa Perak 2014 yang akan berlangsung pada 24 hingga 30 November 2014.

Sehubungan dengan itu, PPM Jengka tidak akan melepaskan peluang membalas kunjungan dan khidmat bantu Pengakap Perak ke Kem Tengku Mahkota. InsyaAllah kami akan ke Teluk Batik November ini.

Sunday, April 20, 2014

HARI KE-6 IJJA 2014

Kontinjen terakhir yang meninggalkan Kem Tengku Mahkota ialah Kontinjen Kelana Gombak. Mereka turut bersama-sama memastikan penutupan kem untuk IJJA 2014 berada dalam keadaan bersedia untuk menerima tetamu berikutnya.

Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jengka mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan yang dihulurkan dalam menjayakan IJJA 2014 ini. Kami turut memohon jutaan kemaafan di atas segala kelemahan dan kekurangan yang terserlah disedari atau tidak sepanjang IJJA 2014 berlangsung.

"SEKALI BERPENGAKAP, BERPENGAKAP SELAMA-LAMANYA"

Saturday, April 19, 2014

HARI KE-5 IJJA 2014

Hari ini berlangsung Majlis Perasmian Penutupan yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail. Dalam suasana bersederhana, majlis tersebut berjalan lancar dan menimbulkan suasana gembira, meriah dan bercampur hiba berikutan akan berpisah.

Iringan dendangan lagu-lagu pengakap yang biasanya dimainkan semasa majlis perpisahan telah membuatkansebahagian peserta tidak mampu menahan sebak kerana terpaksa berpisah setelah berkhemah sejak 15 April 2014.

Bagi beberapa kontinjen seperti dari Indonesia dan kamboja masih berkampung di Kem Tengku Mahkota dan akan bergerak pulang pada 20 April 2014.

Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka melahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua kontinjen yang telah menjayakan jambori ini.

Klik GALERI IJJA untuk menyaksikan foto hari ke-5

Friday, April 18, 2014

HARI KE-4 IJJA 2014

Kontinjen Indonesia ke Taman Negara, Kontinjen Brunei ke Majlis Sarapan Pagi di SKBP dan sebelah malam diadakan Malam Kebudayaan.

Klik galeri untuk foto http://jengka-scouts.blogspot.com/p/galeri.html

HARI KE-3 IJJA 2014

Beberapa aktiviti menarik yang telah dilaksanakan oleh peserta IJJA.

i.  Perasmian Pembukaan
ii. Gangshow di Dataran Jam Bandar Tun Andul Razak Jengka

Klik galeri untuk lihat foto.

Wednesday, April 16, 2014

HARI KEDUA IJJA 2014

16 APRIL 2014 - Bermula dengan Istiadat Pagi diikuti dengan lawatan ke UiTM menggunakan 3 buah bas UiTM dan seterusnya majlis diserikan dengan program Gangshow di SMK Jengka Pusat.

Klik link untuk ke galari 

Sunday, April 13, 2014

KONTINJEN DUMAI TIBA TERAWAL

IJJA 2014 telah menerima tetamu terawal dari Dumai Indonesia sekitar jam 9.00 pm 13 April 2014. Selamat datang ke Kem Tengku Mahkota, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang.


Majlis Pesuruhjaya Pengakap Jengka, dengan kerjasama Kelana KLKM UiTM Jengka menyiapkan gerbang IJJA 2014.

Selamat berjambori.

Sunday, March 2, 2014

TINJAUAN PENGURUSAN RISIKO

Kem Tengku Mahkota, menerima kunjungkan daripada Pasukan Pengurusan Risiko Ibu Pejabat Pengakap Malaysia,  wakil Pengakap Negeri Pahang meninjauan kem ini.



SILA KLIK GALERI UNTUK FOTO-FOTO LAIN

Thursday, February 27, 2014

SELAMAT DATANG KE KEM TENGKU MAHKOTA

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Jengka, mengalu-alu kedatangan kontingen pengakap yang akan menyertai IJJA 15-25 April 2014.


Kem Tengku Mahkota, PPM Jengka dengan keluasan 36.76 ekar sedia menerima tetamu dari dalam daerah Jengka, daerah-daerah Negeri Pahang, kontingen negeri-negeri dalam Malaysia dan peserta/kontingen luar negara.

Welcome dan Selamat Datang.

Saturday, February 22, 2014

HARI BP

Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka telah menyambut Hari BP 2014 pada hari ini 22 Februari 2014 di Kem Tengku Mahkota, Jengka. Program itu telah dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang, YH. Dato' Hj. Lias bin Mohd Noor, yang seturus merasmikan Logo 4th  International Jengka Jamboree and 1st Agoonoree Kem Tengku Mahkota 2014.



sila klik galeri untuk mendapatan foto-foto aktiviti

Wednesday, February 19, 2014

BLOG PENGAKAP JENGKA

Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka dalam persediaan melancarkan blog terbaru bersempena 4th INTERNATIONAL JENGKA JAMBOREE and 1th AGOONOREE KEM TENGKU MAHKOTA 2014.

Kami mengalu-alukan kunjungan dan cadangan. admin