Saturday, April 19, 2014

HARI KE-5 IJJA 2014

Hari ini berlangsung Majlis Perasmian Penutupan yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail. Dalam suasana bersederhana, majlis tersebut berjalan lancar dan menimbulkan suasana gembira, meriah dan bercampur hiba berikutan akan berpisah.

Iringan dendangan lagu-lagu pengakap yang biasanya dimainkan semasa majlis perpisahan telah membuatkansebahagian peserta tidak mampu menahan sebak kerana terpaksa berpisah setelah berkhemah sejak 15 April 2014.

Bagi beberapa kontinjen seperti dari Indonesia dan kamboja masih berkampung di Kem Tengku Mahkota dan akan bergerak pulang pada 20 April 2014.

Persekutuan Pengakap Malaysia Jengka melahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua kontinjen yang telah menjayakan jambori ini.

Klik GALERI IJJA untuk menyaksikan foto hari ke-5

No comments:

Post a Comment